Home > Santai, Info > Sejarah Piala Dunia

Sejarah Piala Dunia

Sejarah Piala Dunia dikenali bermula apabila presiden FIFA yang pertama Jules Rimet mencadangkan satu kejohanan menghimpunkan semua pasukan terbaik dikalangan benua diadakan dalam satu kejohanan. Beliau telah lama memikirkan idea ini kerana bola sepak telah menjadi satu kegilaan dikalangan orang diseluruh dunia.

Satu perbincangan telah diadakan yang dihadiri Rimet dan anggota kongresnya di Amsterdam bagi merealisasikan kejohanan tersebut. Uruguay yang ketika itu memiliki sebuah pasukan yang hebat telah bersetuju menjadi tuan rumah Piala Dunia yang pertama 1930 di Montevideo.

Sebagaimana ramalan banyak pihak,Uruguay telah mencatatkan nama sebagai pasukan yang pertama memenangi piala keagungan bola sepak itu apabila mengalahkan Argentina dengan jaringan 4-2.

Piala yang mengambil sempena nama Jules Rimet,Presiden FIFA yang pertama yang juga pengasas kejohanan tersebut telah diukir oleh pereka terkenal Perancis,Abel La Fleur,berbentuk oktagonal berlambangkan bumi dipegang oleh Dewa Kemenangan yang bernama Nike (dewa Greek purba). Ia diperbuat daripada emas padu,mempunyai berat 3.8 kg dan tinggi 35 cm.

Selepas tiga kejohanan pertama Piala Dunia, dunia dilanda Perang Dunia ke 2 yang menyaksikan ia terhenti selama 12 tahun sebelum di sambung semula pada tahun 1950 di Brazil. Piala Jules Rimet (juga dikenali sebagai World Cup atau Coupe du Monde) pernah dicuri sewaktu dipamerkan di Stampex Exhibition di Westminster Central Hall,London saat menjelangnya Piala Dunia 1966 di England, namun ia ditemukan 7 hari kemudian oleh seekor anjing bernama Pickles.

Akhirnya pada Piala Dunia 1970 di Mexico, FIFA telah memutuskan Brazil menyimpan Piala Jules Rimet buat selama-lamanya apabila negara itu telah berjaya muncul negara pertama memenangi 3 kejuaraan piala berkenaan 1958,1962 dan 1970.
Kejadian yang tidak disangka berlaku pada tahun 1983 apabila piala keagungan itu hilang selama-lamnya apabila dicuri daripada Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) dan dipercayai telah dileburkan.

Badan induk FIFA kemudiannya membuat piala dunia baru dengan berat menggunakan emas 18 karat, 36 cm tinggi dan mempunyai berat 4.97 kg dan dieka oleh pereka terkenal Itali,Silvio Gazzaniaga dan ia telah digunakan sehingga sekarang. FIFA menetapkan hanya ketua-ketua Negara dan pemenang Piala Dunia sahaja yang boleh menyentuh piala tersebut. Replika trofi yang disaluti emas akan diberikan untuk dsimpan oleh pemenang.

Categories: Santai, Info
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: