Home > News, Current Issues > Makam Tujuh Beradik diroboh

Makam Tujuh Beradik diroboh

MELAKA – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) semalam merobohkan binaan batu di atas bekas tapak Makam Tujuh Beradik yang terletak di Pulau Besar dekat sini bagi membendung amalan khurafat di kawasan berkenaan.

Langkah itu diambil berikutan terdapat pihak tidak bertanggungjawab membina dua kubur baru bersebelahan tapak makam tersebut yang telah dipindahkan ke tempat lain sebelum ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, kubur baru itu dipercayai sengaja dibina oleh mereka yang melakukan pemujaan di makam tersebut sejak dua tahun lepas.

“Sebenarnya kawasan makam tidak lagi mempunyai kubur kerana kesemuanya telah kami pindahkan berdekatan Makam Sultan Ariffin tetapi beberapa pihak yang sering melakukan pemujaan telah membina semula kubur berkenaan.

“Kali terakhir binaan kubur tersebut dirobohkan ialah dua tahun lepas tetapi ia diwujudkan semula malah bilangannya bertambah menjadi sembilan pula,” katanya selepas mengadakan operasi bersepadu merobohkan struktur kubur itu semalam.

kredit to :- Kosmo Online

Categories: News, Current Issues
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: