Home > Santai, Info, Seram, Misteri, Ngeri, Pelik > Ops! Mimaland, Gombak

Ops! Mimaland, Gombak

Apakah yang Terjadi kepada kawasan taman tema pertama di Malaysia ini? kawasan ini ditutup dan masih tidak diketahui alasan penutupan kawasan ini…

Artikel dari Wikipedia :-

Mimaland was a famous recreation park in Gombak, Selangor, Malaysia. It was opened on 1975. It ceased operation in 1993 due to a dangerous landslide.

Mimaland recreation park used to be a popular premier outing destination for families in the Klang Valley. After it was closed, many people had hoped that it would be renovated and reopened as the place was a convenient site for picnics, being not too far from the city and yet having a raw natural environment, with plenty of trees and plants and a lake for swimming, fishing and boating.

However, according to the landowner, Magnum Corporation Bhd spokesman Cheah Ho Wee Hock, there is no plan to redevelop the recreation park in the near future and the land is being kept for the purpose of investment, and it will be sold when the right price is offered. Until then, the land would be left idle.

As at now, Mimaland recreation park which is about 25 km from Kuala Lumpur, along the old Gombak-Bentong road, is undergoing a natural destruction process after left without maintenance since its closure in 1993. A road leading to the park is covered with grass and undergrowth and also damaged.

Barricade in the form of hoarding have been placed at the entrance where the remnant of the office structure can be seen from a distance.

A solitary security guard was stationed bear the entrance to prevent trespassing and encroachment by unauthorised people.

It is also learnt that two security personnel are assigned round-the-clock duty to prevent unauthorised people and vehicles from entering.

The Mimaland was opened in 1975 and ceased operation about 15 years ago following some unresolved plans for expansion.

The natural setting of the park makes it a very ideal natural holiday resort. It is certainly regrettable that such a beautiful natural recreation park should be left in such a dismal and dreadful condition.

Mimaland Sekarang :-

Pintu Depan

Jalan Masuk dan Kenderaan Mimaland Berhad

About these ads
  1. kasutcikang
    October 2, 2010 at 10:15 am | #1

    ooh..sungguh syg tempat ini

  2. etounk
    October 2, 2010 at 9:12 pm | #2

    Penah pg ke tempat ni?? kalo bankrup xkan die tinggal kan barang2 cam tuh je… mesti ada sbb lain… mayb la…

  3. fiq
    February 9, 2011 at 10:04 am | #3

    tempat begitu beharga…
    orang2 remaja xkan tau kewujudan mimaland..
    tp kalau tanya orang2 tau pasti semuanya tau…
    aku penah try nk masuk tempat yg skrgnya berhutan tp pak guard x benarkan…haisshhh

  4. fiq
    February 9, 2011 at 10:05 am | #4

    orang2 tau : orang2 tua..haraf maaf

  5. Anonymous
    October 16, 2011 at 8:25 am | #5

    tk pernah tau pla ada tmpt gini kat kl….1st time tahu

  6. fifi
    October 19, 2011 at 3:40 am | #6

    NI KALAU NAK TAU CERITA SEBENARNYA..

    Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an iaitu Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.

    Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah ‘taman haiwan prasejarah’ yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.

    Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, serta kawasan untuk merentas rimba.

    Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

    Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.

    Kiri: Papan luncur air gergasi pada 1984
    Kanan: Pintu gerbang Mimaland pada 2008

    Nota tambahan:

    1980 – Filem Tuan Besar, antara filem tempatan terawal yang membuat penggambaran di Mimaland. Kelihatan pintu gerbang Mimaland dengan logo Bunga Raya, dan adegan pelakon Rahim Jailani dan Fauziah Ahmad Daud sedang melawat taman haiwan prasejarah. Juga kelihatan tasik tempat Azroy dan Suzana bersampan dalam filem Gila-Gila Remaja enam tahun kemudian.

    1983 – Filem Mekanik, dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada Mimaland. Taman haiwan prasejarah sekali lagi menjadi lokasi pilihan, kali ini untuk menggambarkan babak fantasi zaman batu lakonan Azmil Mustapha dan Julie Faridah (yang kelihatan di situ sedang membasuh buah betiknya sambil ditemani oleh dinosaur yang jinak)

    1986 – Filem Gila-Gila Remaja mempunyai banyak dialog kegemaran ramai, antaranya ialah: “Esok jangan lupa, Mimaland!” yang diucapkan oleh pelakon Faizal Hussein. Lokasi tasik menjadi pilihan untuk babak lagu selingan, dan selepas itu Azroy dan Suzana singgah minum di restoran tepi tasik. Kelihatan pekerja di tempat sewa sampan itu memakai t-shirt seragam yang bertulis Mimaland.

    1987 – Filem Tempo ’88 memilih lokasi penting di Mimaland iaitu kawasan kolam renang terbesar di Asia Tenggara dan papan luncur air gergasi yang menjadi punca berakhirnya era Mimaland enam tahun kemudian. Dua orang pelakon tidak terkenal berlegar-legar di situ dalam sebuah babak mengarut yang diakhiri dengan aksi tipikal, iaitu seseorang perlu jatuh ke dalam kolam renang, dan semestinya orang yang ingin menolongnya juga akan terjatuh sama. Sangat filem Melayu 80-an.

  7. Anonymous
    July 10, 2012 at 3:29 pm | #7

    baru saja masuk melalui kawasan mimaland ini pada ahad sepas sempurna JW kl jamboree

  8. Anonymous
    October 22, 2013 at 6:03 am | #8

    rare giler dowh

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: